Pantun |
Sumber |
Tema |
Kalau tuan kait gajus, Rangkai-rangkai tinggal kat saya; Kalau tuan menyeberang arus, Kain pakai tinggal kat saya. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Pinang serangkai dua rangkai, Tiga rangkai dengan tampuknya; Ilmu apa yang tuan pakai, Siang malam kami dimabuknya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Langit biru bulan mengambang, Bintang pelantik rangkai-berangkai; Tidak jemu mata memandang, Ilmu apa adik pakai. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Tidak gula dibuat gula, Hanyut kiambang berangkai-rangkai; Tidak gila dibuat gila, Bulan mengambang rasa nak capai. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Putik belimbing bercedu-cedu, Bunga kunda berangkai-rangkai; Jentik dinding terbuka pintu, Nak tidur dua sebantal. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Mari kusayur dengan petola, Bunga lengkuas berangkai-rangkai; Kalaulah diulang dari semula, Kekasih bertuah tak dapat dipakai. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
|
Puisi |
---|
|
Langit biru bulan mengambang, Bintang pelantik rangkai-berangkai; Tidak jemu mata memandang, Ilmu apa adik pakai.
Lihat selanjutnya... |
|