| Pantun |
Sumber |
Tema |
| Rampak-rampak merambah dahan, Kerana kita hendak mengail; Banyak-banyak menyembah Tuhan, Kerana kita hamba yang jahil. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
| Jangan ditebang kayu nan rampak, Kalau ditebang dahan terkerat; Jangan ditentang ibu dan bapak, Kalau ditentang badan melarat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
| Tinggi Bukit Langgang Puan, Tempat kemuning rampak jua; Buat sembilan pulau sembilan, Lenggangnya kini nampak jua. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Baik urat elok batangnya, Elok batang kayunya rampak; Baik adat elok orangnya, Elok orang ilmunya banyak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Baik urat elok batangnya, Elok batang berdahan rampak; Baik adat elok orangnya, Elok orang imannya nampak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Kalau kuncup hendak berbuah, Jangan ditebang kayu nan rampak; Kalau hidup hendak bertuah, Jangan dibuang ibu dan bapak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
| Sebanyak-banyak sirih melayang, Tidak menyamai sirih nan rampak; Sebanyak-banyak kasih nan sayang, Tidak menyamai kasih ibu dan bapak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |