Pantun |
Sumber |
Tema |
Pusing gasing tangan kidal, Tali pendek putus sejengkal; Kalau untung bercampur modal, Itu tanda berniaga tak kekal. | Kurik Kundi Merah Saga | Perniagaan |
Pulau Kuraman pusing keliling, Saya mari Pulau Labuan; Sepuluh zaman pusing keliling, Baru berjumpa adindalah tuan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Mudik galah hilir galah, Galah pusing di dalam perahu; Duduk salah berdiri salah, Hati runsing orang tak tahu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Tinggi-tinggi si matahari, Anak kerbau mati tertambat; Pusing keliling saya mencari, Baru kini bertemu dapat. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Sejak selasih tak mahu berbuah, Semut meraung kera pun pusing; Sejak kekasih tak nikah, Perut kembung kepala pun pening. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Pulau Papan lampung berpusing, Dilihat mari Pulau Labuan; Berapa lama pusing keliling, Baru berjumpa kepada tuan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Ikan selangat ikan sembilang, Tebuk belakang ambil hatinya; Kus semangat tuan seorang, Pusing belakang banyak gantinya. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Ikan selangat ikan bertulang, Belah belakang ambil hatinya; Kus semangat tuan seorang, Pusing belakang banyak gantinya. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Dari seberang ke seberang pula, Hanyut pandan dari kuala; Dari seorang seorang pula, Dandan juga pusing kepala. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Sakit kepala ditimpa kayu, Makan tidur rasanya pening; Sakit hamba kerana malu, Tuan kutegur tak ambil pusing. null null null null | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
|
Puisi |
---|
|
Pulau Kuraman pusing keliling, Saya mari Pulau Labuan; Sepuluh zaman pusing keliling, Baru berjumpa adindalah tuan.
Lihat selanjutnya... |
|