Pantun |
Sumber |
Tema |
Masak asam pulasan, Lauk ikan sembilang; Ubat tidak berkesan, Mata berbintang-bintang. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Buah manggis buah pulasan, Asam jawa buah kedondong; Menangis sayang mendengar pesan, Kecewa sayang dada kosong. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Asam pauh asam pulasan, Ketika bambangan balu; Meskipun jauh berkirim pesan, Pesan jangan dibuang lalu. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Asam pauh asam pulasan, Anak gembala bertarik tali; Adik jauh kami berpesan, Jangan lama tidak ke mari. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Pergi ke hulu ambil pulasan, Burung merbuk jual di pekan; Dari dahulu sudah dipesan, Orang mabuk dikawan jangan. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Ikan air tawar, Masak asam pulasan; Sibuk cari penawar, Ubat tidak berkesan. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Kaju-kaju sembilan panjang, Pulas-pulasan si daun kayu; Tujuh tahun sembilan bulan, Ingat-ingatan datanglah selalu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Soldadu bercampur dengan lokan, Rambutan bercampur dengan pulasan; Kera lotong tak lalu makan, Tupai membawa diri di dahan. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Kalau tuan pergi ke bukit, Carikan saya buah pulasan; Mata memandang apa nak sakit, Bahu yang memikul timpa perasan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata pulasan |
|
Puisi |
---|
|
Asam pauh asam pulasan, Anak gembala bertarik tali; Adik jauh kami berpesan, Jangan lama tidak ke mari.
Lihat selanjutnya... |
|