Pantun |
Sumber |
Tema |
Pisau tajam pisau pencukur, Buat mengerat kuku kaki; Kalau kumbang bukan seekor, Bunga pun banyak bukan sekaki. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Pisau peraut baru bertuang, Beri bertali rotan saga; Rantau diturut dengan undang, Negeri dihuni dengan lembaga. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Pisau belati baru diasah, Untuk senjata menembuk dinding; Risau hati malu bertambah, Menengok janda duduk bersanding. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Pisau raut ulu sekerat, Pakai anak panglima desa; Dari laut naik ke darat, Memang nak cari senjata yang bisa. | Kurik Kundi Merah Saga | Kepahlawanan |
Pisau raut perancung kalam, Kalam dirancung empat segi; Di tengah laut harimau mengeram, Kucing mengiau di Pauh Janggi. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Pisau tunjung ke laut, Mari dinaik melihatlah bulan; Apa khabar melangkah laut, Kamilah di rumah melihat bulan. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Pisau raut habislah patah, Diraut akan bingkai bertudung; Karam di laut habis basah, Tabah badan untuk berlindung. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Pisau raut ulu manung, Sudah manung bersalut timah; Lautan dalam ada gunung, Tak kusangka hujan dalam tanah. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Pisau raut panjang sekerat, Buat meraut rotan saga; Ikan di laut asam di darat, Dalam belanga berjumpa juga. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Pisau kecil baik dikilir, Supaya deras matanya tajam; Hujan di hulu hujan di hilir, Gunung tinggi bilakah karam? | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
|
Tesaurus |
---|
| pisau (kata nama) | Bersinonim dengan badik, belati, belintan, cundrik, curik, kerambit, lawi ayam, nenram, pisau calung,
pisau cukur, pisau getah, pisau lipat, pisau makan, pisau raut, pisau sadap, pisau wali., | |
|
Puisi |
---|
|
Pisau raut ulu sekerat, Pakai anak panglima desa; Dari laut naik ke darat, Memang nak cari senjata yang bisa.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 601 The tongue is sharper than the sword Kata yang keluar dari mulut lebih menyakitkan daripada serangan fizikal Berapalah tajam pisau parang, tajam lagilah mulut manusia Indeed, the tongue is sharper than the sword . Her merciless words lashed out at my heart so much so that its wounds took many years to heal. Sesungguhnya berapalah tajam pisau parang, tajam lagilah mulut manusia . Kata-kata yang kejam ini telah merobek kalbuku sehingga lukanya mengambil masa bertahun-tahun untuk sembuh. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|