Pantun |
Sumber |
Tema |
Beri makan itik, Itik kedek-kedek; Pintar lagi cerdik, Paras rupa cantik. | Pantun Melayu Sarawak | Kiasan |
Masuk Seekolah Tadika Bina, Cikgu Salbiah cekap dan pintar; Sungguh adik bijak laksana, Tidak susah guru mengajar. | Pantun Melayu Sarawak | Umum |
Anak tiung barukan besar, Mencuba terbang campak ke tanah; Awak bingung mengaku pintar, Ditanya orang pesaknya basah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Seri Bayu namanya cerita, Cerita lagenda pari-pari; Seru kepada rakyat jelata, Mesti pintar bijak bestari. | Pantun Melayu Sarawak | Setia Bangsa |
|
|