Pantun |
Sumber |
Tema |
Jika negeri api di pinggir, Api Cina berdayung tongkang; Datang ke sini mencari fikir, Dayunglah sudah dilayar orang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Hari-hari mengetah tekukur, Tekukur banyak di pinggir desa; Kukur apa pada kukur, Nyiur jugalah yang akan binasa. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Ikan sepat ikan muara, Anak itik di pinggir kali; Meminta maaf pada saudara, Kesilapan besar sama sekali. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Rumah batu pintu ke laut, Indah terbina di pinggir jalan; Kerana senyum banyak terpaut, Ingin hati hendak berkenalan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Sayang mumbang kelapa mumbang, Mumbang sebiji dari Pariaman; Kalau tahu jinaknya kumbang, Tanam bunga di pinggir laman. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
|
Puisi |
---|
|
Hari-hari mengetah tekukur, Tekukur banyak di pinggir desa; Kukur apa pada kukur, Nyiur jugalah yang akan binasa.
Lihat selanjutnya... |
|