Pantun |
Sumber |
Tema |
Petua tuan mencari kain, Biar nipis pada jarang; Petua tuan mencari lain, Biar lebih pada kurang. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Sifat tua berdada lapang, Memberi petua ke anak cucu; Adat dijaga lembaga dipegang, Negeri bertuah umat bersatu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Tanda adat bersendi syarak, Adat memelihara petua ulama; Tanda umat berbudi akhlak, Taat setia ke ibu bapa. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Taat Melayu ke orang tua, Tempat petua serta teladan; Taat berguru teranglah dada, Ibadat bertambah kepada Tuhan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Pergi ke surau memakai jubah, Memberi ceramah serta petua; Walau baru tetap berubah, Begitu muda menjadi tua. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Kalau diparut buah kurma, Dapat dimakan rasanya nikmat; Kalau diturut petua ulama, Selamat badan dunia akhirat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Jangan direndam buah delima, Kalau direndam lapuklali dahan; Jangan ditentang petua ulama, Kalau ditentang dikutuk Tuhan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Kalau dimakan buah delima, Padi di ladang dimakan bubut; Kalau dilawan petua ulama, Negeri yang tenang menjadi ribut. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Sifat keluarga berkasih sayang, Sama serumah tolong-menolong; Adat dijaga budi terbilang, Petua amanah sama dijunjung. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Retak karat kepada baja, Retak galah terbelah dua; Minta daulat kepada raja, Minta petua kepada nan tua. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |