Pantun |
Sumber |
Tema |
Awan berarak perlahan-lahan, Ditiup angin ke negeri Champa; Hati sedih tidak tertahan, Ingin selalu hendak berjumpa. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Anak burung terbang perlahan, Hinggap mari ranting kayu; Kalau nak beli buah setandan, Tentu bercampur masak layu. | Kurik Kundi Merah Saga | Perniagaan |
Naik turun berlai-lari, Terasa penat jalan perlahan; Adik sepantun bidadari, Manakan dapat hamba lupakan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Burung merpati terbang dua, Hinggap di pangkin perlahan-lahan; Niat hati nak makan buah, Nak nanti musim bilakah tahan? | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Tabir-tabir kayu dilintang, Katak makan si daun ubi; Perlahan-lahan apa dirunding, Syukur mendapat orang berbudi. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |
Tabir-tabir kayu dilintang, Katak makan si daun ubi; Apa dirunding perlahan-lahan, Syukur mendapat orang berbudi. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |
Cincin perak permata baiduri, Selang dengan intan berlian; Kain kasar dalam duri, Takut koyak tarik perlahan. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Buah rambai buah rambutan, Masak sebiji di hujung dahan; Kalau ada mudah-mudahan, Ambillah saya dengan perlahan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
|
Puisi |
---|
|
Anak burung terbang perlahan, Hinggap mari ranting kayu; Kalau nak beli buah setandan, Tentu bercampur masak layu.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 534 Slow but sure wins the race Orang yang melakukan sesuatu dengan perlahan-lahan tetapi berterusan akan berjaya mencapai maksudnya berbanding dengan orang yang bertindak tergesa-gesa. Biar lambat laga, asal menang In the pressing need to attain the result, we could not rush things. An investigation of this nature required meticulous work. Thus, we were well aware that slow but sure wins the race because it was too easy to overlook the vital clues. Dalam keperluan mendesak untuk mendapatkan keputusan, kami tidak boleh bertindak tergopoh-gapah. Penyiasatan seperti itu perlu dilakukan dengan amat teliti. Oleh itu, kami sedar bahawa biar lambat laga, asal menang kerana terlalu mudah untuk kami terlepas pandang akan bukti penting yang ada. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|