Pantun |
Sumber |
Tema |
Masak nasi periuk tergantung, Hanyut sampan dari Langat; Apa nasib badan diuntung, Petang-petang asyik teringat. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Masak nasi periuk tergantung, Pungut putung dari seberang; Tarik nafas kenangkan untung, Untung tidak seperti orang. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Masak nasi periuk tergantung, Hanyut puntung dari paya; Niat hati hendak bergantung, Orang tak hendak apakan daya. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Bagaimana nasi takkan mentah, Periuk dijerang tidak berapi; Bagaimana hati takkan patah, Ilmu kurang hendak meninggi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Sejak periuk berisi gulai, Nasi dijerang tergenang kuah; Sejak beruk menjadi lebai, Pagi petang orang menikah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Sejak periuk jadi belanga, Banyaklah nasi berkuah sambal; Sejak beruk menjadi raja, Banyaklah menteri berubah akal. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Tudung periuk dibuka orang, Mentahlah nasi sedang ditanak; Untungku buruk bukan kepalang, Cintaku pergi berkhabar baik. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Hari petang nasi ditanak, Duduk bersama bersenang-senang; Laki temberang bini pembengak, Periuk belanga terbang melayang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata periuk nasi |
|
Puisi |
---|
|
Masak nasi periuk tergantung, Pungut putung dari seberang; Tarik nafas kenangkan untung, Untung tidak seperti orang.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 150 You'll be damned if you do and damned if you don't Berada dalam dilemma untuk membuat pilihan kerana kedua-dua pilihan yang ada tetap akan mendatangkan masalah. Buat salah, tak buat pun salah, semua jadi serba salah The volcanic mud that gushed out from the underground has devoured the whole village. In a desperate move to save the village, the government decided to divert the mud flow to the nearby sea. But the action caused an uproar among the fisherman who worried Lumpur gunung berapi yang memancut keluar dari perut bumi telah menenggelamkan seluruh kampung. Untuk menyelamatkan kampung itu, kerajaan telah mengambil langkah terakhir untuk mengalihkan lumpur itu ke arah laut yang berhampiran. Namun tindakan ini telah menimbulkan kekecohan dalam kalangan nelayan yang bimbang periuk nasi mereka akan terjejas. Keadaan ini membuatkan kerajaan berasa serba salah kerana buat salah, tak buat pun salah, semua jadi serba salah. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|