Pantun |
Sumber |
Tema |
Rosak perisa hilang lazatnya, Lazat hilang tiada yang makan; Rosak bangsa hilang adatnya, Adat hilang binasalah badan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Rosak perisa hilang lazatnya, Lazat hilang orang tak hendak; Rosak bangsa hilang adatnya, Adat hilang terbuang akhlak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Rosak perisa hilang lazatnya, Lazat hilang rasanya hambar; Rosak bangsa hilang adatnya, Adat hilang bahayanya besar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Rosak perisa hilang lazatnya, Lazat hilang lauk terbuang; Rosak bangsa hilang adatnya, Adat hilang kutuk pun datang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Rosak perisa hilang lazatnya, Lazat hilang patah selera; Rosak bangsa hilang adatnya, Adat hilang hidup sengsara. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Jangan bagi perisa, Percik daging kuda; Jangan putus asa, Adik masih muda. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Bagaimana makan takkan perisa, Nasi hangat gulai pun lemak; Bagaimana badan takkan binasa, Hati jahat perangai pun rosak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Bawang putih dibuat rempah, Supaya perisa makanan orang; Abang kupilih taat bersumpah, Kiranya lidah suka bercabang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Sagu rendang rasanya lemak, Lemak perisa dinikmati orang; Mau senang berkerja tunak, Tunak berkerja rezeki datang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Ramailah orang membawa labu, Labu perisa digulai lemak; Pandai orang kerana berilmu, Ilmu ada perangai pun bijak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |