Pantun |
Sumber |
Tema |
Budak-budak meruncing kalam, Makin diruncing makin tajam; Setitik dakwat nak perintah kalam, Adakah nyamuk nak perintah alam. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Siti Wan Kembang perintah Kelantan, Nama termasyhur zaman dahulu; Baik-baik memilih intan, Takut terkena kaca dan batu. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Tanjung Bondong parit perintah, Bersampan dengan sidaknya; Hendak dilangsung serba salah, Takut badan jadi merana. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Pun tali pun, Anak ayam bulu balik; Dalam perintah Jepun, Kita makan ubi keledek. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Tidak tumbuh tidak melata, Patah galah dalam padi; Tidak sungguh kehendak kita, Perintah Allah juga yang jadi. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
Rama-rama terbang berderai, Patah galah dalam perahu; Lama-lama baru bercerai, Perintah Allah mana tahu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Pasir Mak Bayu pukul diribut, Lumba-lumba bermain angin; Pohon kekasih seumur hidup, Perintah Belanda belayar angin. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Asap api embun berderai, Patah galah haluan perahu; Hajat hati tak ndak bercerai, Perintah Allah siapa tahu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Saya nak berumah di paya, Ada lintah kerap buang; Saya nak berbini janda, Ada perintah cepat buang. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Dari Nandung ke Pantai Nandi, Orang bergajah dua beranak; Sudah terlangsung kami ke mari, Apa perintah orang banyak. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata perintah. |
|
Puisi |
---|
|
Siti Wan Kembang perintah Kelantan, Nama termasyhur zaman dahulu; Baik-baik memilih intan, Takut terkena kaca dan batu.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 423 News lords, new laws Apabila perintah baharu atau orang lain berkuasa, maka peraturan baharu pula diperkenalkan. Sekali air besar (gedang), sekali tepian beranjak (beralih) ''Last year, we didn't even have to pay a single cent for our quit rent. But now, wea are told to pay up,'' I said ''Well, that was last year. Now we have a new government. News lords, new laws,'' replied my boss. ''Tahun lepas kita tak perlu bayar satu sen pun cukai tanah. Tapi sekarang kita kena bayar pula,'' kataku. ''Itu tahun lalu, sekarang kerajaan baharu. Sekali air besar (gedang), sekali tepian beranjak (beralih),'' jawab ketuaku. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|