Pantun |
Sumber |
Tema |
Walaupun kain penutup aurat, Baju yang koyak dibawa juga; Walau miskin hidup melarat, Hatiku tidak gilakan harta. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Tudung saji penutup hidang, Dibawa orang ke hulu kampung; Untung rugi nasib pun malang, Kerana kurang tahu berhitung. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Tudung periuk dari seberang, Buat penutup belanga sayur; Untung buruk rezeki pun hilang, Kerana hidup tiada bersyukur. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Tudung saji dari Semarang, Buat penutup asam pauh; Begini nasib hidup yang malang, Hidup seorang ibu jauh. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Bila berjalan menuju ke sumur, Bawa basahan buat penutup; Apabila puan mahu menegur, Rela kupuja seumur hidup. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
|
|