Pantun |
Sumber |
Tema |
Pandai-pandai bertanam bayam, Carilah batang pengganti buluh; Pandai-pandai berjalan malam, Carilah bintang pengganti suluh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Yang disebut berkain sarung, Kain disarung pengganti celana; Malangnya ikut pemimpin serong, Mainnya serong hati ke betina. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Sabit bukan sebarang sabit, Sabit dapat pengganti pisau; Sakit bukan sebarang sakit, Sakit melihat laki merayau. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Ceriti pinang ceriti, Cerana di atas papan; Sirih ini sirih pengganti, Kalau sudi silalah makan. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Sencilak burung sencili, Terbang bermain di rumpun halaman; Abang bertolak malam kini, Cari yang lain pengganti badan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |