Pantun |
Sumber |
Tema |
Cik Siti buat penganan, Penganan dibuat untuk kenduri; Bilalah hati sudah berkenan, Orang lain tak usah peduli. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Wajik bertakik penganan lama, Sejak dahulu sudah terbilang; Wajahmu molek bagaikan purnama, Membuat diriku mabuk kepayang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Orang berlari membawa mangkuk, Berisi penganan serta juadah; Abang seperti buah yang busuk, Manakan ada orang menjamah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Kacang hijau di dalam talam, Dibuat penganan lazat sekali; Abang mengigau siang dan malam, Mengingat tuan tambatan hati. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Cepat-cepat membuat roti, Ada ubi buat penganan; Dapat biasiswa masuk universiti, Jati diri dilupa jangan. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Kalau helat hendak ramai, Banyakkan lauk serta penganan; Kalau adat hendak dipakai, Tegak budak memelihara beriman. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Rosak lepat terbuang tengguli, Terbuang tengguli busuk penganan; Rosak adat terbuanglah budi, Terbuang budi teruklah iman. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Kacang hijau diberi gula, Sudah masak jadi penganan; Abang risau hati menggila, Kekasih lesap dibawa orang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Kacang hijau diberi gula, Sudah masak jadi penganan; Abang risau hati menggila, Dah lama tegak menanti tuan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Jika tak mahu memakan nasi, Cubalah cari kuih penganan; Jika tak mahu tuan menanti, Hingga di sini putus hubungan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |