Pantun |
Sumber |
Tema |
Ulak-ulak di pekan-pekan, Labu lama di jagung dulang; Kalau bertolak kami berpesan, Jangan lama di kampung orang. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Olok-olok si pekan-pekan, Hari panas menjala udang; Kita bertolak kami berpesan, Jangan lama di bandar orang. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Asam kuini jual di pekan, Pekan bernama Pasar Minggu; Begini nasib untungnya badan, Adik seorang rindu menunggu. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |
Pekan Berjaja pekan tertua, Banyak menjual kain kasa; Makan semeja kita berdua, Enak tidak sama dirasa. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |
Pekan Bujuk Kuala Rumput, Pucuk gemirat pucuk kain; Saya bujuk abang tak ikut, Abang berharap tempat lain. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Pekan Jawi Tanah Petani, Pekan Sabtu Kampung Pak Tua; Apa jadi nasibku ini, Badan satu kekasih dua. | Pantun Melayu Sarawak | Nasib |
Cik Bedah pergi ke pekan, Sampai ke pekan membeli rotan; Kalau sudah bertuah badan, Batu di tangan menjadi intan. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Hendak ke pekan berurus niaga. Dapat untung perniagaan teguh; Hendak membina warga bahagia, Warga gemilang 2020. | Pantun Melayu Sarawak | Setia Bangsa |
Pergi ke pekan ke Pulau Datu, Cincin permata jatuh ke ruang; Adik berpesan di muka pintu, Air mata jangan dibuang. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Pulau Pinang Pekan Baru, Kapten Light menjadi raja; Bila terkenang zaman dahulu, Jatuh berlinang air mata. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata pekan; |
|
Puisi |
---|
|
Olok-olok si pekan-pekan, Hari panas menjala udang; Kita bertolak kami berpesan, Jangan lama di bandar orang.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 627 Walls have ears Berwaspada apabila bercakap tentang sesuatu perkara terutamanya yang rahsia kerana ada yang akan mendengarnya tanpa disedari. Berkata siang melihat-lihat, berkata malam mendengar-dengar She was flabbergasted when her secret affair with a Datuk suddently became a talk of the town. She had never mentioned it to anyone except her aunt. She didn't know that in the small town, not only do the walls have ears,but the windows have eyes and the doors have tongues too! Tercengang dia apablia perhubungan rahsianya dengan seorang Datuk tiba-tiba menjadi perbualan hangat. Tidak pernah sekalipun dia menceritakannya kepada orang lain, kecuali ibu saudaranya. Dia langsung tidak mengetahui bahawa di pekan kecil itu, bukan saha Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|