Pantun |
Sumber |
Tema |
Rosak sukat rosak timbangan, Timbangan rosak berat tak betul; Rosak adat rosak pegangan, Pegangan rosak maksiat tercabut. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Dibilang kata isinya adat, Untuk pegangan anak dan cucu; Orang meninsta hatinya tumpat, Buruk berjalan tegak pun layu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Kata adat membawa fiil, Fiil mulia pegangan umat; Lupa adat manusia jahil, Jahil membawa ke jalan sesat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Adat Melayu berdada lapang, Sabar dan syukur jadi pegangan; Kuat Melayu tahukan hutang, Besar seukur dengan bayangan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Berjurai elok sulaman asli, Sama tengah sulaman tekat; Dipakai untuk pegangan diri, Di sanalah tuah akan melekat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Rosak pahat tangkainya patah, Tangkai patah tinggallah puting; Rosak adat perangai menyalah, Pegangan rosak maksiat bercabut. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Terbilang kayu kerana kuatnya, Kuat menjadi pancang jermal; Terbilang Melayu kerana adatnya, Adat terpuji pegangan amal. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Ikat pinggang rambut berjurai, Berjurai elok sulaman asli; Adat dibilang lalu dipakai, Dipakai untuk pegangan diri. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |