Pantun |
Sumber |
Tema |
Bersarlah pasak daripada tiang, Tanda kerja takkan menjadi; Biarpun banyak dinista orang, Cintaku tidak berbelah bagi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Patah pasak di dalam kemudi, Patah ruang ditimpa gelombang; Kalau tak dapat bertemu laki, Bulan terang sama dipandang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Dari Pasak ke Pulau Pinang, Singgah sekejap di Teluk Lipat; Jika teragak hendak meminang, Usah diharap hendak dapat. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Bukan agalah pasak bumi, Galah datang dari Semarang; Bukan salah dari kami, Salah tuan selalu temberang. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |
Tudung saji pasak ke timah, Buat penudung buah Melaka; Naik haji Makkah - Madinah, Nak buang segala dosa. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
Sampan kolek perahu Cina, Patah pasak pintu berkurung; Adik pergi jangan lama, Buah jatuh disambar burung. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Pulau Tinggi Terendak Cina, Patah pasak di muka kurung; Abang pergi janganlah lama, Buah masak diidam burung. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Buluh ditetak senjakala, Buat main pasak perahu; Pasang pelita senjakala, Satu makhluk tidak tahu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Telah lama orang menyimpai, Untuk penguat pasak pedati; Sudah lama abang mengintai, Untuk mendekat tidak berani. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Terbilang kayu kerana kuatnya, Kuatnya dapat dibuat pasak; Terbilang Melayu kerana adatnya, Adatnya dapat tempat berpijak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
|
Puisi |
---|
|
Dari Pasak ke Pulau Pinang, Singgah sekejap di Teluk Lipat; Jika teragak hendak meminang, Usah diharap hendak dapat.
Lihat selanjutnya... |
|