Pantun |
Sumber |
Tema |
Bacaan API paras bahaya, Melebihi angka lapan ratus; Tugas memadam jadi terpedaya, Hutan dibakar terus menerus. | Pantun Melayu Sarawak | Umum |
Tetak mengkuang paras mengkuang, Habis ditetak dimakan kambing; Hendak buang tidak terbuang, Sudah mesra darah daging. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Itik kedek-kedek, Masuk sawah padi; Paras rupa cantik, Elok hati budi. | Pantun Melayu Sarawak | Kiasan |
Beri makan itik, Itik kedek-kedek; Pintar lagi cerdik, Paras rupa cantik. | Pantun Melayu Sarawak | Kiasan |
Pucuk palas tumbuh di kuala, Sayang langgudi tumbuh di pancur; Rupa paras saya tak gila, Kerana budi hatiku hancur. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |
Buah durian masak mengkal, Buah palas dimakan nyamuk; Hari kemudian jangan menyesal, Rupa paras sudah tengok. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Orang menggala di bawah beringin, Patah penarik tunggang-langgang; Apa sebab abang tak ingin, Rambut elok paras ke pinggang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata paras |
|
Puisi |
---|
|
Pucuk palas tumbuh di kuala, Sayang langgudi tumbuh di pancur; Rupa paras saya tak gila, Kerana budi hatiku hancur.
Lihat selanjutnya... |
|