Pantun |
Sumber |
Tema |
Panjang pandak si pucuk limau, Panjang menyapu awan muda; Budak kecil di ambang panau, Tidak disangka membuat gila. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Tikar pandak sambar gelama, Mari bentang haluan perahu; Saya hendak sudahlah lama, Saja tuan buat tak tahu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Keris pandak panjang lima, Pakai anak raja Melayu; Saya hendak sudah lama, Hendak khabar hati malu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Sejak berkuah kuini pandak, Banyaklah udang berhati risau; Sejak orang tua berbini budak, Banyaklah bujang pergi merantau. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Sungguh baik berbaju pandak, Pendeknya sedang dalam setara; Sungguhlah baik laku si pekak, Diejek orang didiamkan saja. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Tuah berpuasa di bulan Syawal, Pandak berlari termengah-mengah; Sawah padi sudah dijual, Hendak mendiri rumah mewah. | Pantun Melayu Sarawak | Nasib |
Sayang cempedak ranum dipangkal, Batangnya pandak sudah pun lapuk; Kupinang anak belum berakal, Kupinang emaknyalah tua nyanyuk. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Sabit bukan sebarang sabit, Sabit pandak bertuang baja; Sakit bukan sebarang sakit, Sakit hendak mengulang janda. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Banyak pelita dipasang terang, Pelita mati sumbunya pandak; Banyaklah cinta disebut orang, Cinta sejati pada ibu bapak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |