Pantun |
Sumber |
Tema |
Kayu paling tahan, Eksport dari Semantan; Musnah kehidupan, Akal mati jalan. | Pantun Melayu Sarawak | Budaya |
Banyak tempat perkara tempat, Paling buruk tempat berkelah; Banyak umpat perkara umpat, Paling buruk mengumpat Allah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Banyaklah nangka perkara nangka, Paling buruklah nangka terbelah; Banyak derhaka perkara derhaka, Paling terkutuk menderhaka Allah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Belian kayu hutan, Kayu paling tahan; Syaitan perosak iman, Musnah kehidupan. | Pantun Melayu Sarawak | Budaya |
Jika berkelik parah di bukit, Ambil alu terkenangkan paya; Paling muka senyumlah sedikit, Sudah tahu diamlah kita. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Bawalah ubat yang tersedia, Digiling halia berlumat-lumat; Banyaklah sahabat yang setia, Paling setia sahabat nabi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Banyak buah kumpul di dahan, Ranting delima buahnya banyak; Banyaklah doa dimakbul Tuhan, Paling utama doa ibu dan bapak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Kalau tuan mandi telaga, Timba air dalamlah pasu; Pandailah sungguh adik meneka, Yang paling tinggi ialah nafsu. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Banyaklah solat di hari Jumaat, Solatnya dapat bersama-sama; Banyaklah sahabat Nabi Muhammad, Sahabat berempat paling utama. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata paling |
|
Puisi |
---|
|
Kalau tuan mandi telaga, Timba air dalamlah pasu; Pandailah sungguh adik meneka, Yang paling tinggi ialah nafsu.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 463 Nobody is perfect Orang atau sesuatu paling hebat pun ada kekurangannya. Tak ada gading yang tak retak She has been in the industry for 50 years, and this was her first mistake, but nobody is perfect. Everybody has his or her faults. Stop criticizing her. Sudah 50 tahun dia bergiat dalam industri tersebut, dan ini kali pertama dia melakukan kesilapan, tetapi tak ada gading yang tak retak. Manusia mana tidak ada kelemahan? Janganlah awak mengkritiknya. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|