Pantun |
Sumber |
Tema |
Masak nasi bergulai belum, Nanti udang dari kuala; Sarat muatan belayar belum, Nanti turun angin utara. | Kurik Kundi Merah Saga | Perniagaan |
Rumah buruk pintu sembilan, Nanti roboh tidakkan roboh; Laksana pungguk rindukan bulan, Nanti jatuh tidakkan jatuh. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Pisang rendah masak hijau, Nanti layu tidak layu; Tinggi rendah mata meninjau, Nanti lalu tidak lalu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Pisang muda masak hijau, Nanti layu tidak layu; Tinggi rendah saya meninjau, Nanti lalu tidak lalu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Pisang hijau masaknya hijau, Nanti layu tidak layu; Tinggi rendah mata meninjau, Nanti lalu tidak lalu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Petang-petang tanam mengkuang, Nanti berduri tak akan berduri; Petang-petang duk tengok abang, Nanti mari tidak mari. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Yang lunak biarlah lunak, Supaya nanti dapat dipancung; Orang tamak biarlah tamak, Supaya mati perutnya kembung. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Di tepi lorong duduk mengadap, Nanti lalu anak Cik Ali; Kalau biring keratkan sayap, Memang tak boleh lawan lagi. | Kurik Kundi Merah Saga | Kepahlawanan |
Apabila cukup bilangan hari, Jangan lagi nanti-menanti; Apabila hidup bersuami isteri, Jangan sekali maki-memaki. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Walau penat pergi ke pantai, Di sana nanti memakan tiram; Walaupun niat kami tak sampai, Cinta di hati tidakkan padam. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata nanti |
|
Puisi |
---|
|
Rumah buruk pintu sembilan, Nanti roboh tidakkan roboh; Laksana pungguk rindukan bulan, Nanti jatuh tidakkan jatuh.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 369 Penny and penny laid up will be many Duit yang sedikit jika disimpan lama-kelamaan akan menjadi banyak juga. Berdikit-dikit lama-lama jadi bukit. ''One day, I'll drive that car out of this showroom,'' she said full of determination. ''But, you don't earn that much,'' I said. ''Penny and penny laid up will be many, doesn't? I'll save whatever I have to own it even though it may take years,'' she answered. ''Satu hari nanti, aku akan memandu pulang kereta itu,'' kataku dengan penuh keazaman tatkala berkunjung ke bilik pameran tersebut. ''Tapi, gaji kau taklah banyak,'' kataku. ''Bukankah berdikit-dikit lama-lama jadi bukit? Aku akan menyimpan semua duit yang aku ada untuk memilikinya walaupun mengambil masa bertahun-tahun lamanya,'' jawabnya. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|