Pantun |
Sumber |
Tema |
Naik bukan sebarang naik, Naik kereta cepatlah tiba; Baik bukan sebarang baik, Baik selera berkatnya ada. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Naik bukan sebarang naik, Naik haji ke Baitullah; Baik bukan sebarang baik, Baik budi dirahmati Allah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Naik bukan sebarang naik, Naik haji ke tanah suci; Baik bukan sebarang baik, Baik hati semua memuji. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Naik bukan sebarang naik, Naik sampan dapat menyeberang; Baik bukan sebarang baik, Baik kelakuan dihormati orang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Naik bukan sebarang naik, Naik kapal dapat belayar; Baik bukan sebarang baik, Baik akal sifatnya benar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Naik bukan sebarang naik, Naik perahu membawa bakul; Baik bukan sebarang baik, Baik laku mudah bergaul. null null null null | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Naik bukan sebarang naik, Naik membawa pinang muda; Baik bukan sebarang baik, Baik bicara orang gembira. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Naik bukan sebarang naik, Naik kerumah membawa padi; Baik bukan sebarang baik, Baik langkah membawa rezeki. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Naik-naik Bukit Raja, Tempat orang bergaji kayu; Sudah nasib badan saya, Bunga kembang berbalik layu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Cubalah abang naik rakit, Naik kereta pergi ke hulu; Bolehlah abang tolong sedikit, Supaya adik bolehlah tahu. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |