| Pantun |
Sumber |
Tema |
| Kalau memikat burung bayan, Jangan pula dijual beli; Biar jadi telinga tempayan, Jangan jadi telinga kuali. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
| Anak Cina telinga bertindik, Badan kurus panjang lampai; Hendak melangkah kaki pendek, Hendak mencapai tangan tak sampai. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
| Hujan rangkap Kuala Linggi, Tanamlah Lengkuas hutan seberang; Saya berangkat dari sini, Hati puas telinga terang. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
| Cik Kadir menetak senduduk, Senduduk tumbuh tepi telaga; Kalau takdir tak dapat tanduk, Namun telinga kupulas juga. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
| Kucing kurus menghembus api, Sudah hembus padam menyala; Kurus kering kerana susah hati, Kerana telinga tak mendengar kata. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
|
| Puisi |
|---|
|
Anak Cina telinga bertindik, Badan kurus panjang lampai; Hendak melangkah kaki pendek, Hendak mencapai tangan tak sampai.
Lihat selanjutnya... |
|