Pantun |
Sumber |
Tema |
Bila tercencang mohon dibalur, Bila terlanda mohon baikkan; Bila menyimpang mohon ditegur, Bila terlupa mohon ingatkan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Tegak adat hidup terpandang, Pemimpin senang rakyat selamat; Rosak adat hidup menyimpang, Pemimpin kenyang rakyat melarat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Orang beradat fikiran panjang, Sebelum bertindak ditimbang dulu; Membuang adat jalan menyimpang, Hukum rosak hilanglah malu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Bila terkerat mohon limbuskan, Bila tercencang mohon dibalur; Bila tersesat mohon luruskan, Bila menyimpang mohon ditegur. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Mengapa pula memasang jerat, Kerana hendak menangkap kijang; Mengapa banyak orang mengumpat, Kerana banyak cakap menyimpang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Kalau hendak memikat kedidi, Anak beruk mari dikandang; Kalau ikhlas hendak berbudi, Helah jangan ke lain menyimpang. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |
|
|