Pantun |
Sumber |
Tema |
Tengok-tengok naik ke kotak, Sampan kotak tiangnya tinggi; Elok-eloklah adik menolak, Salah menolak tunangnya nanti. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Yang ada sudah dihimbau, Niat berdoa menolak bala; Orang duda suka mengingat, Teringat janda ditalak tiga. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Jangan menetak rumpun bawah, Rumpun bawah ada uratnya; Jangan menolak aduan orang, Aduan orang ada niatnya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Walaupun ikan sudah dimasak, Nasinya baru hendak dijerang; Walapun tuan sudah menolak, Cinta kasihku tidakkan hilang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Kalau kutahu hutannya semak, Tentu tak jadi beramu kayu; Kalau kutahu tuan menolak, Tentu tak sudi hamba merayu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Buah seminal biji berkilat, Dibuat minyak rasa perisa; Sudah kuungkai tali pengikat, Adik menolak apalah daya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Hilang sudah perahu nadi, Dilanda ombak gelombang besar; Orang merendah malulah hati, Daripada menolak baik bersabar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Anak elang mati terkejut, Hilang campak ke dalam paya; Awaklah sayang hati terpaut, Orang menolak apalah daya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Payah sungguh membawa perahu, Hujan deras ombak menggila; Payah sungguh hamba merayu, Puan berkeras menolak hamba. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Ayam bagung kokok berdencang, Disambar helang patahlah kepak; Dalam bingung duduk mengerang, Disabarkan orang usah menolak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |