Pantun |
Sumber |
Tema |
Terap jatuh menimpa dahan, Buah kedondong kelapa mawar; harap kami kepada tuan, Jadi pelindung jadi penawar. | Pantun Melayu Sarawak | Setia Bangsa |
Kalaulah batang menimpa dahan, Ditegakkan hujung tersia-sia; Kalaulah dibilang nikmat Tuhan, Takkan terhitung oleh manusia. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Jatuhlah kayu menimpa atap, Matilah itik sedang mengeram; Tubuhku lesu mata pun lelap, Menanti adik siang dan malam. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Walaupun hujan datang menimpa, Kami tetap berladang padi; Walaupun tuan memandang harta, Kami tetap berlapang hati. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Abang tidak bersua lagi. Jatuh menimpa anak buaya; Sudah jelak aku membujuk, Dinda tak suka apalah daya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Bagaimana semut tidak membalas, Beruk menimpa kera mengancam; Bagaimana perut tidakkan mulas, Menengok mentua bermuka masam. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Kalau nangka nak gugur, Jangan menimpa dahan pauh; Kalau mata nak tidur, Jangan lupa esok berjalan jauh. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Pecah cawan pecah botol, Pecah menimpa kodi kain; Kalau abang nanti yang betul, Saya tidak mencari lain. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Hendak gugur gugurlah nangka, Jangan menimpa si ranting pauh; Hendak tidur tidurlah mata, Jangan teringat orang yang jauh. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Hendak gugur gugurlah nangka, Jangan menimpa si ranting pauh; Hendak tidur tidurlah mata, Jangan dikenang orang yang jauh. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
|
Puisi |
---|
|
Pecah cawan pecah botol, Pecah menimpa kodi kain; Kalau abang nanti yang betul, Saya tidak mencari lain.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 99 Every cloud has a silver lining Di sebalik malang yang menimpa, tentu ada kebaikan atau rahmatnya. Ada rahmat yang tersembunyi She was deeply depressed when her megastar fiancé dumped her. She had known him long before he became famous. But every cloud has a silver lining. Her broken relationship has been trust into the limelight and opened doors to many lucarative offers from big companies. Now, she’’s crying all the way to the bank! Dia dirundung kesedihan apabila tunangnya yang merupakan artis ternama telah meninggalkannya. Dia mengenali lama sebelum tunangnya itu menjadi terkenal. Tetapi ada rahmat yang tersembunyi. Kisah putus tunangnya itu menjadi perhatian ramai dan mengundang banyak tawaran lumayan daripada syarikat yang besar. Kini, rintihannya itu mengaut rezeki! Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|