Pantun |
Sumber |
Tema |
Banyaklah cabi menghisap daun, Kapas dihisap terlaga-laga; Meminta mandi dalam pangkuan, Meminta mandi si air mata. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Terbang tinggi sekawan burung, Hinggap menghisap madu bunga; Melentur buluh dari rebung, Dapat melihat hasil buahnya. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Apa tanda benalu sakat, Tempat kumbang menghisap madu; Apa tanda Melayu beradat, Adat memegang aib dan malu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Bunga kenanga barukan mekar, Banyak kumbang datang menghisap; Tanda orang tua laku penyabar, Bijak menimbang tenang bercakap. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Zaman bukan sebarang zaman. Zaman sekarang hidup bertuah; Makan bukan sebarang makan, Makan tulang menghisap darah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
|
|