Pantun |
Sumber |
Tema |
Bagaimana rusa tidak mengamuk, Kijang menyombong menampar dada; Bagaimana dara tidak merajuk, Bujang sekampung mengejar janda. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Senyap sunyi orang menghadap, Datuk lubalang segan mengamuk; Setiap hari abang mengharap, Untuk meminang adik yang montok. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Bagaimana kaki takkan berhantuk, Awak berjalan di dalam gelap; Bagaimana hati takkan mengamuk, Diajak berjalan ia menyelap. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Hijau-hijau baju si dayang, Untuk dipakai di pagi hari; Hati risau bercampur sayang, Badan mengamuk seorang diri. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Sifat perahu pantang ditakik, Bila ditakik ia kan tembuk; Adat Melayu pantang diusik, Bila diusik ia mengamuk. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |