| Pantun |
Sumber |
Tema |
| Anak kijang menelan bara, Tupai terkencing di pintu sarang; Anak bujang dan anak dara, Bagai kucing menunggu panggang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
| Kalau meniup ingatlah api, Kalau menelan ingatlah tulang; Kalau hidup ingatlah mati, Kalau berjalan ingatlah pulang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
| Jangan suka meratah kerang, Kerang dipanci menelan cika; Jangan suka memfitnah orang, Orang benci Tuhan pun murka. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
| Apabila makan tidak berkuah, Kesatlah rasa tekak menelan; Apabila kelakuan awak menyalah, Alamat binasa dilantak kawan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
| Tuan Melana saya Melini, Makan terubuk seorang menelan; Kekasih di sana abang di sini, Ibarat pungguk rindukan bulan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Kalau hendak menangkap labi, Lehernya itu jangan dijerut; Ulat yang menelan babi, Cacing pula bengkak perut. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
| Gelilah tiung berbini banyak, Letak berjalan campak ke parit; Gigilah ompong gusi pun bengkak, Hendak menelan selera pahit. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
|
| Puisi |
|---|
|
Kalau hendak menangkap labi, Lehernya itu jangan dijerut; Ulat yang menelan babi, Cacing pula bengkak perut.
Lihat selanjutnya... |
|