Pantun |
Sumber |
Tema |
Jalan naik jalan mendaki, Siapa mendaki lelah rasanya; Jangan adik lupakan janji, Mungkir janji nyawa padahnya. null null null null | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Hendak mendaki dakilah tambang, Jangan berlabuh di tengah pekan; Hendak memaki makilah abang, Jangan menuduh yang bukan-bukan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Sama-sama mendaki bukit, Bawa tambuk kutip durian; Jasa menteri bukan sedikit, Tidak ternilai sejuta pujian. | Pantun Melayu Sarawak | Budi Rampaian |
Banyak orang mendaki bukit, Bukit didaki tergesa-gesa; Banyak orang mencari duit, Duit dicari badan binasa. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Kalau tuan mendaki bukit, Bukit didaki terlalu tinggi; Sungguh cantik bulan terbit, Ada bintang baru berseri. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Naik turun orang mendaki, Payah kaki penat anggota; Adik sepantun delima sakti, Merah pipimu membuat gila. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Mengapa jalan makin mendaki, Payahlah kaki untuk melangkah; Menapa bulan semakin tinggi, Patahlah hati pungguk di tanah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Yang ke bukit sama mendaki, Bila ke lurah masing-masing; Sedang sulit sama mencari, Sudah mewah tak ambil pusing. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Yang ke bukit sama mendaki, Bila ke lurah turun seorang; Orang pelit mencuba berbini, Diminta belanja mohon berhutang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Kalau ke bukit sama mendaki, Kalau ke laut sama berenang; Kalau kita bersatu hati, Kerja yang berat menjadi senang. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |