Pantun |
Sumber |
Tema |
Jika mudik membawa sagu, Jangan lupa membawa gula; Jika adik berasa rindu, Hamba juga tergila-gila. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Sayang ke barat Pulau Peringgi, Buah padi buah jeranang; Saya melarat membawa diri, Sebab membawa hati tak senang. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Saya ke darat ke Pulau Lidi, Buah padi pisang jeranang; Jangan diharap membawa diri, Hendak membawa hati tak senang. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Pulang petang membawa rotan, Tikar mengkuang menyambut tetamu; Bukan kepalang budmi tuan, Tidak terbayar dengan Sri Ayu. | Pantun Melayu Sarawak | Serumpun Senada |
Sarat Merpati membawa mengkudu, Jinak merpati makan padi; Hasrat hati melayar rindu, Tanak nasi tidak menjadi. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |
Kata adat membawa hikmah, Hikmah hidup dunia akhirat; Lupa adat kerja menyalah, Salah hidup binasalah umat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Kata adat membawa teladan, Teladan hidup tahukan diri; Lupa adat binasalah badan, Iman redup nafsu berdiri. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Kata adat membawa petunjuk, Petunjuk kepada jalan yang benar; Lupa adat nama pun buruk, Busuk nama badan terlantar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Perahu layar membawa limau Belum berhenti sebelum senja; Malu besar muka pun hijau, Mencium bini tercium mentua. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Perahu Cina membawa rempah, Jalannya miring dipukul ombak; Rindu kan janda sudah menikah, Badan meranting kepala botak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata membawa |
|
Puisi |
---|
|
Saya ke darat ke Pulau Lidi, Buah padi pisang jeranang; Jangan diharap membawa diri, Hendak membawa hati tak senang.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 505 A rotten apple spoils the barrel Disebabkan angkara seorang anggota maka yang lain beroleh nama buruk dan dituduh terbabit sama. Seekor kerbau membawa lumpur, segala kerbau dikatakan membawa lumpur juga Just because this one Muslim group attacked the Western interests, all of the Muslims were being labelled as terrorists - a rotten apple spoils the barrel. Hanya kerana sebuah kumpulan orang Islam menyerang kepentingan Barat, maka semua umat islam dicap sebagai pengganas. Seekor kerbau membawa lumpur, segala kerbau dikatakan membawa lumpur juga. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|