Pantun |
Sumber |
Tema |
Biarlah orang merendang angsa, Kita merendang itik serati; Biarlah orang memandang bangsa, Kita memandang nan baik hati. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Biarkan orang merendam kunyit, Kita merendam keladi juga; Biarkan orang memandang duit, Kita memandang budi juga. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Biarlah orang merendang pedas, Kita merendang berkuah juga; Biarlah orang memandang ke atas, Kita memandang ke bawah juga. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Bertanam cempedak di luar kota, Tumbuh rendang condong ke desa; Orang nan tidak memandang harta, Tapi memandang budi bahasa. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |
Kalau memandang jangan merentus, Kalau menekan jangan menepis; Kalau mencencang jangan memutus, Kalau makan jangan menghabis. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Saya tidak memandang bulan, Mari selindung sebalik tabir; Saya tidak memandang tuan, Hati beramuk bagai nak hancur. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Duduk di pintu memandang bulan, Hari tak ribut awan melindung; Kalau begitu nasibmu tuan, Bertuahlah perut ibu mengandung. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Zaman silam sudahlah lampau, Kita memandang ke masa depan; Siang dan malam berasa risau, Kakilah goyang kepala beruban. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Orang beradat hidup berkira, Bijak memandang jauh ke depan; Membuang adat hidup sengsara, Akhlak terbuang runtuhlah iman. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Padang pasir amatlah luas, Jauh memandang tiada suntuk; Orang pandir sifat pemalas, Perut kenyang lupa periuk, | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |