Pantun |
Sumber |
Tema |
Apabila melihat padi, Ingat padi di ladang; Apabila mendapat rezeki, Ingat ke budi orang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Kalau melihat air yang tenang, Jangan disangka tiada buaya; Karam di laut boleh berenang, Karam di darat apakan daya. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Abang takut melihat belalai, Ikut jangan dikira-kira; Abang takut kita terlalai, Lambat-laun jadi sengsara. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Kalau tidak melihat pasang, Manakan tahu air melimpah; Kalau tidak mengingat abang, Manakan daku jadi gelisah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Dewa-dewa melihat sakti, Diam dalam gua batu; Jangan encik susah hati, Susah ada Tuhan membantu. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
Burung nuri hinggap di dahan, Melihat undan di pokok cendana; Pilu hati tidak tertahan, Melihat tuan duduk merana. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Duduk-duduk orang berkumpul, Melihat ombak di tepi pantai; Elok-elok abang menyimpul, Bila tidak janji terungkai. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Ke seberang kami dahulukan, Melihat jejati olongan kami; Berperang kami dahulukan, Mana yang mati tanggungan kami. | Kurik Kundi Merah Saga | Kepahlawanan |
Ribut-ribut bawa pukat, Melihat gelung di Selat Jawa; Kita hidup tanda muafakat, Tolong-menolong tanda sejiwa. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Waktu menteri membeli minyak, Orang melihat berhati rawan; Waktu isteri baru beranak, Datanglah niat mencari perawan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
|
Puisi |
---|
|
Kalau melihat air yang tenang, Jangan disangka tiada buaya; Karam di laut boleh berenang, Karam di darat apakan daya.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 68 Never buy a pig in a poke Jangan membeli sesuatu tanpa melihatnya atau memeriksanya terlebih dahulu. Membeli kucing dalam karung "Remember the saying, never buy a pig in a pok. You should have at least looked at the thing first before buying. I don't want you to be cheated," advised Mamat to his brother before he went off to buy a bundle of old shirts to be sold later at the nig "Ingatlah peribahasa, membeli kucing dalam karung. Kamu sekurang-kurangnya kena melihat barang itu dahulu sebelum membeli.Abang tak mahu awak ditipu,"nasihat Mamat kepada adiknya sebelum dia pergi membeli sekarung baju terpakai untuk dijual di pasar malam. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|