Pantun |
Sumber |
Tema |
Tambat perahu tepi surau, Hanyut sampai sungai Tualang; Ombak melenting tepi pulau, Arusnya deras bukan kepalang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Anak tikus meratap dinding, Dikejar musang terberak-berak; Awak kurus cakap melenting, Ditampar orang tulang berselerak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Lemahlah kaki anak siamang, Luka parah ditusuk ranting; Lemahlah sendi menengok tunang, Mata merah misai melenting. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
|
Peribahasa |
---|
| 74 If the cap fits, wear it Jika kita terasa apabila dikritik meskipun nama kita tidak disebut maka kritikan itu memang ditujukan tepat kepada kita. Barang siapa yang berketuk, dialah yang bertelur When a Malay film portrayed a character who could not speak proper English, a veteran actress suddenly flew into a temper, accusing that the producer was trying to make fun of her. " If the cap fits, wear it!" rebuked the film producer. Apabila sebuah filem Melayu memaparkan satu watak yang lintang-pukang bahasa Inggerisnya, seorang pelakon veteran tiba-tiba melenting marah, dengan menuduh bahawa pengeluar filem itu cuba mempersendakannya.” Barang siapa yang berketuk, dialah yang bertelur! ” tempelak pengeluar filem itu. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|