Pantun |
Sumber |
Tema |
Selasih mekar terang bulan, Umpan dipasang tertangkap ketam; Berkasih sayang biar berpadan, umpama api dalam sekam. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Bunga kenanga barukan mekar, Banyak kumbang datang menghisap; Tanda orang tua laku penyabar, Bijak menimbang tenang bercakap. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Bagaimana bunga kan jadi mekar, Kalaulah kumbang sudah menyeri; Bagaimana hamba memberi khabar, Kalaulah abang sudah beristeri. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Bunga kenangan kembang sekaki, Baru mekar harum semerbak; Tanda orang tua berlapang hati, Berlaku sabar sebelum bertindak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Sungai Singapura tanah malia, Daun mekar dilayang angin; Pura-pura melihat saya, Ekor mata pandai bermain. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Bunga cempaka baunya wangi, Pucuknya lebat kelopak mekar; Tanda orang tua tahukan diri, Duduk beradat tegaknya benar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Bunga kenanga kembang sekaki, Rupanya molek kelopak mekar; Sungguhpun lama abang menanti, Mengapa adik tak beri khabar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
|
Puisi |
---|
|
Sungai Singapura tanah malia, Daun mekar dilayang angin; Pura-pura melihat saya, Ekor mata pandai bermain.
Lihat selanjutnya... |
|