Pantun |
Sumber |
Tema |
Kalaulah bukan kerana bulan, Masakan bintang terbit pagi; Kalau bukan kerana tuan, Manalah saya jadi begini. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Kalau tidak lembu Pak Jamal, Masakan badan hancur dan lumat; Kalaupun tidak ilmu dan amal, Bilakan badan boleh selamat? | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Orang merendang si udang galah, Cara masakan oranglah Minang; Orang perempuan selalunya kalah, Orang jantan selalunya menang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Pisang emas luruh digoyang, Dijolokdengan ranting habu; Adik emas saya loyang, Masakan mahu berkinca bahu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Patah cengal Nabi Daud, Patah mati ditimpa pedang; Kalau tidak angin bertiup, Masakan pokok boleh bergoncang. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Kapal berlabuh nampaknya sayup, Sauh dibongkar layar berkembang; Kalau tak sabit angin bertiup, Masakan kelak pohon bergoyang. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Apa sebab guruh di hulu, Itu tanda airnya dalam; Kalau tidak berjanji dahulu, Masakan abang berjalan malam. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Burung nuri terbang melayang, Hinggap mari di celah dahan; Walau nasi sudah terhidang, Tidak disuap masakan makan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Banyak belah pecah seratus, Nampak berbalam di hutan lipur, Demi Allah sumpah putus, Sudah digenggam masakan lebur. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Permata jatuh atas rumput, Jatuh ke rumput berbilang-bilang; Kalau di mata boleh luput, Dalam hati masakan hilang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata masakan. |
|
Puisi |
---|
|
Kalau tidak lembu Pak Jamal, Masakan badan hancur dan lumat; Kalaupun tidak ilmu dan amal, Bilakan badan boleh selamat?
Lihat selanjutnya... |
|