Pantun |
Sumber |
Tema |
Mak! Mak! Mintaku lada, Hendak menyayur pisang tumbang; Mak! Mak! Mintaku janda, Janda muda beranak seorang. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Ngiau-ngiau kucing di rakit, Nak makan jeruk belimbing; Mak! Mak! Tunangku sakit, Nak mengintai di balik dinding. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Mak Ainun anak dara, Petik mengkudu buah bidara; Konon nak jadi jutawan segera, Asyik menipu masuk penjara. | Pantun Melayu Sarawak | Berniaga |
Mak Minah duduk di pintu, Duduk di pintu merejut renda; Merana hamba yatim piatu, Tiada ayah tiada berbonda. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Pasir Mak Bayu pukul diribut, Lumba-lumba bermain angin; Pohon kekasih seumur hidup, Perintah Belanda belayar angin. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Bila-bila Mak Milah mandi, Petang hari jalan ke kubur; Bila-bila kami nak mati, Hendak masuk pintu kubur. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
Kekalkan Mak Busu bertanam miak, Bertanam miak di muka pintu; Kekalkan Mak Busu banyak anak, Minta seorang buat biniku. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Tinggi bukit gunung Mak Buah, Anak pelanduk berlari-lari; Kalau dah dapat gading bertuah, Tanduk tidak berguna lagi. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Padi ini padi Mak Baluk, Padi ditunda dari Palembang; Dapat sesuka hati kanda menjolok, Suntinglah adinda bunga kembang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Sungai Katong sungainya biru, Tempat Mak Kuntum berulang mandi; Tanah duduk tinggallah dulu, Ada untung baliklah kami. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata mak |
|
Puisi |
---|
|
Ngiau-ngiau kucing di rakit, Nak makan jeruk belimbing; Mak! Mak! Tunangku sakit, Nak mengintai di balik dinding.
Lihat selanjutnya... |
|