Pantun |
Sumber |
Tema |
Anak kancil diluru tupai, Lumpuh kaki jalan merangkak; Awak jahil mengaku lebai, Disuruh mengaji nafas pun sesak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Azan subuh menyeru solat, Orang berduyun pergi ke surau; Badanku lumpuh menunggu surat, Abang bertahun pergi merantau. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Sejak tumbuh tangkai ketari, Banyaklah pasu yang bernyanyi; Sejak si lumpuh pandai menari, Banyak si bisu yang menyanyi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Ada untungnya membeli suluh, Dapat menjadi penyuluh rumah; Ada untungnya berlaki lumpuh, Diumpat bini selalu mengalah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Sungguh gagah bergigi utuh, Mengunyah tulang tidak bererti; Sungguh tabah hati si lumpuh, Dilapah orang tidakkan lari. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Buluh betung ditebang jauh, Tumbang ke bumi tidak tegak; Sungguh beruntung orang lumpuh, Orang berlari awak merangkak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Yang kuda larinya deras, Biarpun jauh melompat juga; Orang tua hatinya keras, Biarpun lumpuh memanjat juga. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Bagaimana badak takkan melolong, Hendak berteduh ditusuk duri; Bagaimana awak takkan tersinggung, Awak lumpuh diajak berlari. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Baik sungguh mandi berenang, Dapat membasuh daki di badan; Adik menjauh hatiku bimbang, Rasakan lumpuh kaki berjalan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Tumbuh lada di tepi lebuh, Kalau dimakan pedas ke kerongkong; Sungguhlah manja bini nan lumpuh, Kalau berjalan minta didukung. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |