Pantun |
Sumber |
Tema |
Luka tangan terkena pisau, Darahnya banyak tidak terkira; Bila terkenang hati risau, Tidur malam tak pernah jendera. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Sapu tangan punca merah, Mari sarung cincin suasa; Luka tangan tampak berdarah, Luka hati menahan rasa. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Kati-kati dalam perahu, Anak punai merah matanya; Luka hati siapakan tahu, Luka tangan tampak darahnya. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Sapu tangan punca empat, Dimakan api bucu yang satu; Luka tangan boleh diubat, Luka hati hancur lalu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Sapu tangan pelikat hijau, Jatuh ke kaki berela-ela; Luka tangan sebab pisau, Luka hati kerana kata. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Buah berangan masak hijau, Masak sebiji di tanah rata; Luka tangan kerana pisau, Luka hati kerana kata. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Pergi ke dusun berhari-harian, Tanah baru hendak dibuka; Macam timun dengan durian, Menggelek luka digelek pun luka. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Kalaulah luka terlalu besar, Darah keluar mata pun gelap; Kalau orang tua berlaku kasar, Dosanya besar mati pun azab. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Kalau luka terlalu banyak, Darah keluar payah berhenti; Kalau derhaka ke ibu bapak, Dosanya besar Allah pun benci. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Lukah dipasang rapat-rapat, Lukah diikat kayu sebelah; Luka di tangan dapat diubat, Luka di hati semakin berdarah. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata luka |
|
Puisi |
---|
|
Kati-kati dalam perahu, Anak punai merah matanya; Luka hati siapakan tahu, Luka tangan tampak darahnya.
Lihat selanjutnya... |
|