Pantun |
Sumber |
Tema |
Lotong-lotong bunyi rebana, Layang-layang talinya benang; Kami bertanya pada kakanda, Langit bergantung mana talinya? | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Banyaklah batang dipanjat lotong, Lotong memanjat buah dicari; Banyaklah orang tempat berlindung, Pelindung adat payah dicari. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Bagaimana lotong takkan berang, Anak ditinggal jatuh berdebin; Bagaimana hidung takkan kembang, Awak bebal menjadi pemimpin. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Bagaimana lotong takkan berang, Hendak ke hilir ditahan kera; Bagaimana hidung takkan kembang, Awak pandir dijadikan ketua. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Bagaimana lotong takkan berang, Lebah menderu babi meluru; Bagaimana hidung takkan kembang, Rumah baru bini pun baru. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Bagaimana lotong takkan berang, Anak beruk mencuri manggis; Bagaimana hidung takkan kembang, Awaklah bongkok berbini gadis. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Bagaimana lotong takkan berang, Kera memijak babi menginjak; Bagaimana hidung takkan kembang, Harta banyak bini pun banyak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Bagaimana lotong takkan berang, Babi mengejek kera mencerca; Bagaimana hidung takkan kembang, Bini cantik mentua pun kaya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Kulitlah ketam dipanggang lotong, Panggang di dapur tinggal tulang; Nasibku badan tidak beruntung, Ayam ditambat disambar helang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Jalan -jalan naik ke puncak, Di sana ada lotong dan ungka; Jangan-jangan adik dan muak, Setiap bersua memalingkan muka. null null null null | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |