Pantun |
Sumber |
Tema |
Kalau begitu rupanya padi, Namun mengindang layu-layu; Kalau begitu rusuhnya hati, Mahu menumpang biduk lalu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Satu terkerat semuanya layu, Mati layu terkulai kembang; Di situlah tempat tuah Melayu, Dari dahulu sampai sekarang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Pisang rendah masak hijau, Nanti layu tidak layu; Tinggi rendah mata meninjau, Nanti lalu tidak lalu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Pisang muda masak hijau, Nanti layu tidak layu; Tinggi rendah saya meninjau, Nanti lalu tidak lalu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Pisang hijau masaknya hijau, Nanti layu tidak layu; Tinggi rendah mata meninjau, Nanti lalu tidak lalu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Siandah daunnya hijau, Kuintai layu tak mahu layu; Tinggi rendah mata meninjau, Kuintai lalu tak mahu lalu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Anak Melayu belayar pagi, Nampak angin menentang pelangi; Bunga layu jangan dikeji, Sungguh layu baunya wangi. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Ujung tiang berbaji dua, Satu di atas satu di bawah; Untung malang berlaki tua, Layu di atas layu di bawah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Pucuk putat layu, Pucuk pauh kembang; Duduk dekat malu, Duduk jauh bimbang. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Daun baru layu digenggam, Si baju kuning makan sedikit; Ini baru nasi jerang, Makan sedikit terasa pahit. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata layu. |
|
Puisi |
---|
|
Kalau begitu rupanya padi, Namun mengindang layu-layu; Kalau begitu rusuhnya hati, Mahu menumpang biduk lalu.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 132 Between a rock and a hard place Berada dalam dilemma untuk membuat pilihan kerana kedua-dua pilihan yang ada tetap akan mendatangkan masalah. Lalu hangus, surut layu The volcanic mud that gushed out from the underground has devoured the whole village. In a desperate move to save the village, the government decided to divert the mud flow to the nearby sea. But the action caused an uproar among the fisherman who worried Lumpur gunung berapi yang memancut keluar dari perut bumi telah menenggelamkan seluruh kampung. Untuk menyelamatkan kampung itu, kerajaan telah mengambil langkah terakhir untuk mengalihkan lumpur itu ke arah laut yang berhampiran. Namun tindakan ini telah menimbulkan kekecohan dalam kalangan nelayan yang bimbang periuk nasi mereka akan terjejas. Keadaan ini membuatkan kerajaan berasa serba salah kerana hendak lalu hangus, surut layu. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|