Pantun |
Sumber |
Tema |
Layar bertangkup Malimku tidur, Dibanguni oleh Tengali; Gelak rasaku akan mengundur, Air mata terasa kumandi. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Dua tiga layar berpupu, Cari layar rata negeri; Dua tiga bulan tidak bertemu, Minum air terasa duri. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Perahu layar membawa limau Belum berhenti sebelum senja; Malu besar muka pun hijau, Mencium bini tercium mentua. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Perahu layar hilang kemudi, Dilanda ombak patahlah tiang; Mahu belajar malang menanti, Di mana tegak direndahkan orang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Perahu layar patah tiangnya Ditiup angin bertambah larat; Malu berlayar susah tunangnya, Hidup miskin dunia akhirat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Kapal layar bertiang tiga, Tiang keempat batang galah; Ikhtiar ilmu bahagian kita, Hasil pendapatan di tangan Allah. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
Gilo-gilo layar ke Jintan, Jintan menuju pulau di laut; Puan yang elok bergigi hitam, Halus pinggangnya bagaikan diraut. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Angin sakala turunkan layar, Supaya maju sampah dikayuh; Ingin beramal tekun belajar, Kerana ilmu amalan senonoh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Tiap mudik perahu layar, Ramailah orang membeli hambal; Kuharap adik mahu bersabar, Menanti abang mencari bekal. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Sampan kotak kemudinya kompot, Layar ditancap laju bertambah; Nafas sesak hati pun hanyut, Mendengar si gagap memberi ceramah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
|
Puisi |
---|
|
Layar bertangkup Malimku tidur, Dibanguni oleh Tengali; Gelak rasaku akan mengundur, Air mata terasa kumandi.
Lihat selanjutnya... |
|