Pantun |
Sumber |
Tema |
Orang mengail tepi beting, Putus joran tinggal pancing; Adakah kain nak lawan gunting? Adakah tikus nak lawan kucing? | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Serampang laut nama lagunya, Lawan menyanyi berganti-ganti; Kemaskan kemudi dengan sempurna, Tak karam diharung sampai ke tepi. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Baik-baik memasang taji, Salah ikat tak kena lawan; Baik-baik abang berjanji, Bila khianat merosak badan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Orang berseru di tengah medan, Pegang senjata minta lawan; Singa bertempik tengah hutan, Garoda lari sampai ke awan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Ayam putih bertaji panjang, Ke sana ke mari mencari lawan; Dalam bersedih didengki orang, Serahkan diri kepada Tuhan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Anak yu karang-karang, Mari karang kepala titi; Sudah berjumpa lawan yang garang, Bertentang mata bergoncang hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kepahlawanan |
Kalau takut merendam cendawan, Eloklah mandi bersabun lumut; Kalau takut menentang lawan, Eloklah mati terjun ke laut. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Kita tidak mencari cendawan, Kalau diindang kita tampikan; Kita tidak mencari lawan, Kalau datang kita nantikan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Buah salak di dalam piring, Buah kedondong atas jendela; Kalau jalak lawan biring, Nanti tedung menuntut bela. | Kurik Kundi Merah Saga | Kepahlawanan |
Banyak sungguh bunga melati, Bawa mari ke dalam pekan; Hidup kita lawan mati, Mana jahat kita tinggalkan. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |