Pantun |
Sumber |
Tema |
Selama memasang lantai perahu, Banyaklah ketam lata melata; Selama musang pandai merayu, Banyaklah ayam nan jatuh cinta. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Dua kali bayam berpucuk, Labu manis lata-melata; Dua kali ayam berkokok, Hitam manis bercerailah kita. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Bunyi pungguk dayu-mendayu, Hinggap di ranting lata-melata; Lapuklah sebelah lengan baju, Kerana menghapus air mata. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Anak sepat sudah melompat, Ikan limbat melata-lata; Kalau cepat tentulah dapat, Kalau terlambat putihlah mata. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
|
Tesaurus |
---|
| lata | | Kata Terbitan : melata, |
|
|