Pantun |
Sumber |
Tema |
Apabila harilah larut malam, Kalau tak tidur bawa mengaji; Apabila hati dipalut dendam, Kalau tak hancur nama terkeji. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Diam-diam orang menari, Kerana hari dah larut malam; Malam-malam abang ke mari, Kerana hati dah rindu dendam. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Senyap sunyi orang di banjar, Kerana hari dah larut malam; Harap menanti abang belayar, Sampai kini masih kupendam. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Cincin emas permata nilam, Manis sungguh pakai di jari; Kerana hari pun dah larut malam, Mohon izin mengundur diri. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
|
|