Pantun |
Sumber |
Tema |
Laksamana mudik beredap, Bergalah sahaja perahunya tidak; Laksana bunga dedap, Merah sahaja berbaunya tidak. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Bismilah mula dikarang, Syairlah pantun sajanya kurang; Laksana kainlah jarang, Tidak boleh dibagi orang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Rumah buruk pintu sembilan, Nanti roboh tidakkan roboh; Laksana pungguk rindukan bulan, Nanti jatuh tidakkan jatuh. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Balik sana muda derdap, Perahu ada galah tiada; Laksana bunga dedap, Merah ada baunya tiada. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Mengail di Jongok Batu, Patah dulang hampir menghilang; Laksana dagang piatu, Kain basah kering di pinggang. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Laksamana menabur durian, Buah belimbing terhentak-hentak; Tuan laksana buah durian, Di sana gugur sana melantak. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Bunga Pak Mail kembang berkuntum, Kembang pula dinihari; Laksana bunga sekuntum, Hilang di mana hendak dicari? | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Balik sana ruang mengkipan, Makan nasi berulam pauh; Laksana ayam di tambatan, Putus tali terbang jauh. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Sayang sebandi pasirnya lumat, Pasirnya bercampur batu karang; Laksana nabi kasihkan umat, Begitu juga kasihkan tuan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Sayang Sebandi pasirnya lumat, Pasirnya bercampur dengan lokan; Laksana nabi kasihkan umat, Inikan pula saya kasihkan tuan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
|
Puisi |
---|
|
Bismilah mula dikarang, Syairlah pantun sajanya kurang; Laksana kainlah jarang, Tidak boleh dibagi orang.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 21 A barking dog never bites Orang yang menengking-nengking marah lazimnya tidaklah sampai mengambil tindakan atau mendatangkan kecederaan. Oleh itu kita tidak perlu takut padanya. Laksana lembu dogol, tak boleh ditanduk hanya disondol "I thought you were seriously beaten up by that burly man. I was really scared when he started shouting and threatening you. The whole block could hear him," I said. "A barking dog never bites, and this was not the first time," replied Ali calmly. "Aku ingatkan kau teruk dibelasah oleh lelaki sasa itu. Aku takut betul apabila dia menjerit-jerit dan mengancam-ancam kau. Seluruh blok bangunan ini boleh mendengar suaranya," kataku. " Laksana lembu dogol, tak boleh ditanduk hanya disondol ," jawab Ali Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|