Pantun |
Sumber |
Tema |
Tegak adat teguhlah umat, Umat teguh hidup pun damai; Rosak adat tumbuhlah laknat, Laknat tumbuh hidup meragai. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Adat Melayu pantang berjudi, Judi sabung membawa laknat; Jahatlah laku membuang kaji, Kaji dibuang binasalah umat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Adat Melayu pantang derhaka, Orang derhaka ditimpa laknat; Sifat berseteru mengundang celaka, Datang celaka hidupkan tenat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Orang beradat mengingat hutang, Sehabis daya ia lunaskan; Membuang adat laknat dan datang, Terkikis nama binasa badan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Adat Melayu pantang khianat, Orang khianat dimakan kutuk; Menurutkan nafsu datanglah laknat, Orang terlaknat matinya teruk. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Apabila parang tidak diasah, Lambat-laun akan berkarat; Apabila orang tidak bermaruah, Laknat turun badan melarat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Apabila tiang tidak disimpal, Lambat-laun tentulah retak; Apabila orang rosak perangai, Laknat turun seteru pun banyak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Tegak adat hidup sentosa, Rakyat tenang pemimpin terpuji; Rosak adat bertambah dosa, Laknat datang sepanjang hari. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Siapa suka bermain ombak, Lambat-laun pastilah karam; Siapa melupakan ibu bapak, Laknat turun mati direjam. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Labu manis dimakan semut, Tak dapat lagi dimakan orang; Malu habis iman pun hanyut, Laknat menanti badan terbuang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |