Pantun |
Sumber |
Tema |
Bukan mudah berladang darat, Ladang darat ladang bertumpuk; Bukan mudah memegang adat, Memegang adat pantang mengaruk. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Bukan mudah berladang darat, Ladang darat ladang bertugal; Bukan mudah memegang adat, Memegang adat pantang membuat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Ladang dari perigi semak, Padi muda saya lurutkan; Kalau tidak rancang anak, Jalan mudah saya turutkan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Apabila ladang tidak dibakar, Bekerja penat hasil tak ada; Apabila hutang tidak dibayar, Dunia akhirat badan terhina. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Apabila ladang tidak dibakar, Manakan dapat menugal padi; Apabila hutang tidak dibayar, Nama cacat terjuallah diri. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Apabila ladang tidak dibakar, Hujan turun rumput berkembang; Apabila hutang tidak dibayar, Turun-temurun disebut orang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Mengapa ladang tidak berpadi, Kerana tugalnya sudah patah; Mengapa orang tidak berbudi, Kerana akalnya tambah serakah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Mengapa ladang tidak dituai, Kerana padinya menjadi hampa; Mengapa orang banyak bertikai, Kerana hatinya menjadi buta. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Mengapa ladang tidak ditengok, Kerana tak sudi menugal malam; Mengapa orang banyak kemaruk, Kerana tak peduli halal haram. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Tebas ladang tanamkan kobis, Tanam sirih buatkan para; Betapa tenang hati terhiris, Murung sedih terimbas juga. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |