Pantun |
Sumber |
Tema |
Adat Melayu pantang khianat, Orang khianat dimakan kutuk; Menurutkan nafsu datanglah laknat, Orang terlaknat matinya teruk. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Taat Melayu kepada sumpah, Bila ingkar dimakan kutuk; Adat berguru pantang menyerah, Bila terlantar jangan mengaruk. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Orang beradat elok pekerti, Serba manis tingkah lakunya; Membuang adat kutuk menanti, Tuah habis tersimbah malunya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Orang beradat elok tabiat, Bercakap lurus berkata benar; Membuang adat kutuk melekat, Adab pupus nama tercemar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Apabila mencari buah putat, Pucuknya dapat dibuat ulam; Apabila sekali lidah tersesat, Kutuk dapat umat mendendam. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Rosak perisa hilang lazatnya, Lazat hilang lauk terbuang; Rosak bangsa hilang adatnya, Adat hilang kutuk pun datang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Tudung saji dari seberang, Bawa belayar sebulan suntuk; Hidup mati janji dipegang, Siapa ingkar dimakan kutuk. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Kalau cempaka kurang berbunga, Tanda uratnya sudah membusuk; Kalaulah derhaka ke orang tua, Dunia akhirat kan kena kutuk. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |